SOALAN LAZIM

1. Siapa layak untuk mengumpul mata CCD untuk syarikat memperbaharui lesen CIDB ?

1) Pemilik Syarikat @ Rakan Kongsi Yang Ada Nama Dalam Lesen SSM ;

2) Pekerja yang ada Caruman KWSP waktu sambung lesen CIDB

2. Apakah itu mata CCD?

Mata Continuous Contractor Development (CCD) adalah mata yang perlu dikumpul oleh kontraktor untuk memperbaharui lesen CIDB mereka. Mata ini mencerminkan pembangunan profesional dan pembelajaran berterusan dalam industri pembinaan.

 

Mata CCD untuk Pembaharuan Lesen CIDB

Gred Kontraktor

1 Tahun

2 Tahun

3 Tahun

G1 & G2

10

20

30

G3 & G4

20

40

60

G5 & G6

30

60

90

G7

40

80

120

3. Bagaimana saya boleh mengumpul mata CCD?
Salah satu cara anda boleh mengumpul mata CCD melalui: Menghadiri latihan, kursus, seminar, dan forum Menjadi penceramah dalam program ilmu.

4. Di mana saya boleh menyemak mata CCD saya?

Anda boleh menyemak mata CCD melalui laman web rasmi CIDB Malaysia atau menghubungi pejabat CIDB untuk bantuan. Kami ada menyimpan rekod maklumat peserta yang mengikuti kursus/ latihan anjuran WH SKILL TRAINING SDN BHD.

5. Apa yang berlaku jika saya tidak mempunyai cukup mata CCD?
Jika anda gagal mengumpul mata CCD yang mencukupi, anda mungkin tidak dapat memperbaharui lesen kontraktor anda.

6. Siapa yang perlu mengumpul mata CCD?
Semua kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan memiliki lesen kontraktor aktif perlu mengumpul mata CCD bagi mengekalkan pendaftaran mereka.

7. Bagaimana cara untuk memohon pembaharuan lesen?

Anda boleh memohon pembaharuan lesen secara dalam talian melalui portal rasmi CIDB (cims.cidb.gov.my ). Pastikan anda memenuhi syarat mata CCD sebelum memohon.

8. Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Untuk maklumat terkini, sila hubungi
017 - 919 3311
011 - 1233 6863
017 - 968 8000
09 - 513 6318